Friday 1 April 2011

*ops spinx..

Assalamualaikum buat teman-teman..diharap pembaca setia laman aku anak perak sentiase sihat dan ceria..^_^

Selesai sudah proses penghantaran pulang anak-anak perak ke mesir yang telah diuruskan dengan baik oleh pihak yayasan. Terima kasih kepada tn haji jamil selaku pengerusi yayasan perak yang telah susah2 membantu menyelesaikan misi ops zambry. bebanyak time kasih jugak kepada dato’ zambry yang telah mengeluarkan belanja yg besar dalam ops spinx. dah banyak duit perak abeh dalam banyak misi yang melanda anak2 perak mesir dan m’sia tahun nie. moge dato’ seri  MENANGgung kekalahan dalam PRU nnt..
Perlukah berterima kasih?takyah lah yop..bukan duit deme.ni duit mak bapak kite jugak.mak bapak kite yang bayo cukai kpd kerajaan..^_^
Syabas diucapkan kepade pimpinan pas yang prihatin terhadap2 ank2 m’sia di mesir yang tidak berkesempatan menikmati kemudahan yang diberikan pihak kerajaan m’sia dalam misi ops pyramid.
29 Mac trip penerbangan yang terakhir dlm ops zambry dan telah sampai pada keesokan harinya.alhamduliah takde ape2 halangan dalam misi terakhir nie.
Setiap perancangan dlm menjayakn misi ni ade agenda tertentu.dah tentu berkaitan dengan kepentingan politik umno be end. Konon umno be end lah parti terbaik dalam menjage kebajikan rakyat.tanpa mereka sedari, rakyat semakin sedar akan kepincangan pemerintahan umno be end.Rakyat semakin celik, tidak mudah ditipu dan tidak akan teragak2 untuk menumbangkan umno be end dalam PRU nnt.
Berbalik pada spinx, kerajaan menghantar wakil kerajaan  di setiap trip yang kebanyakannya terdiri daripada  adun umno be end..ape motif adum umno be end turut serta.takde koje kat kampong ke?nak kene keluarkan plak peruntukan untuk deme..nak tunjuk prihatin ker?membazir jer..
Tak dinafikan, ramai mak bapak yang hadir mase perjumpaan bersame mb di ipoh termakan dengan kebaikan yang diberikan umno be end  kpd anak2 perak. Kerajaan perak pimpinan umno be end berjaya mengaburi mate rakyat demi memancing undi dlm PRU nnt..
Kepada anak2 perak mesir. Kita harus sedar bahawa selaku mahasiswa, kita adalah aset penting buat negara. Jatuh tumbang sesebuah kerajaan terletak di tangan mahasiswa. Kita ada ilmu dan akal yang waras untuk menilai kaca dan permata.
Bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan dengan usaha2 yang dimainkan pihak kerajaan dalam menyelesaikan misi ops pyramid.sudah menjadi tanggungjawab pimpinan kerajaan untuk menyalurkan sebarang kebajikan terhadap rakyat. Jangan pulak kita lupa, ianya boleh menjadi modal yang kukuh untuk menguasai rakyat dalam menghadapi sebarang pilihanraya. Politik kotor sudah sinonim dengan umno be end.
Masih banyak perancangan umno be end dalam mengaburi mata rakyat khususnya golongan mahasiswa. Moga kita semua mendapat taufiq dan hidayah.
^_^

No comments:

Post a Comment