Saturday, 2 March 2013

* Muhaimin semakin MELAMPAU!

Assalamualaikum buat teman-teman..diharapkan pembaca setia laman aku anak perak sentiase sihat dan ceria..^_^

Lame tak bersua di laman chantek nan chantekk nie. mungkin ade teman-teman yang menyangke laman nie dah di block ^_^ kumpul strategi, kumpul maklumat. Banyak pulak isu2 yang melanda anak-anak perak yang tak termuat dalam laman aku anak perak. Insya allah maklumat dari teman-teman akan dikongsikan disini. Anak-anak perak perlu bankit dari penindasan yg semakin ketara dilakukan oleh pegawai hep perak. Kite adalah mahasiswa yang bukan mudah dipergulekan. Nie antara peraturan pelik Muhaimin :

1. Dewan / musolla : LE50 utk 8jam. Setiap 1 jam tambahan dikenakan bayaran LE50 [Program di bawah MPAPM/PPPM dikecualikan]
2. Seorang pelajar hanya dibenarkan tinggal di asrama perak selama 2 tahun sahaja.
3. Penghuni yang hendak BERCUTI KELUAR NEGARA hendaklah mengisi borang khas dan membayar sewa dengan syarat TIDAK MELEBIHI 3 BULAN dan diserahkan kepada WARDEN 2 minggu sebelum tatikh bercuti. Tempoh cuti adalah TERHAD KEPADA MAKSIMUM 3 bulan.
4. Penghuni dilarang menunjukkan kekerasan kepada PPPM. Sebarang ketidakpuasan hati hendaklah dilaporkan kepada PPPM.

PPPM = Pejabat Perhubungan Luar Perak Pelajar Perak Asia Barat (Mesir)
 

copy dari ustaz yang aiman yang sharqawi.

Monday, 21 January 2013

* Muhaimin buat hal lagi!


KRONOLOGI  PEGAWAI PUKUL PELAJAR PERAK MESIR

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah S.W.T yang memberikan nikmat hidup bagi menyempurnakan amanah sebagai hamba. Selawat dan salam kepada junjungan besar nabi Muhammad S.A.W yang memandu manusia ke jalan yang benar bagi mengikuti  perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya.

Perjuangan menegakkan agama Allah SWT adalah satu tugas yang mencabar, memerlukan kepada kesabaran. Pengorbanan pula adalah sangat-sangat dituntut. Dan perjuangannya penuh dengan mehnah dan tribulasi.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah S.W.T sekalian,

Pada 19 Januari 2013, kita telah dikejutkan dengan perilaku Pegawai Hal Ehwal Pelajar Perak Mesir, Encik Abdul Muhaimin bin Abdul Majid yang telah melakukan satu tindakan yang kurang profesional bermula dengan mengunci surau Wisma Darul Ridzuan B dengan tanpa ada apa-apa perbincangan.

Perkara ini disedari apabila beberapa orang pelajar yang ingin mengadakan mesyuarat di tempat tersebut mendapati pintu surau telah dikunci. Setelah gagal mendapat respon yang baik dari pihak HEP Perak, beberapa orang pelajar terpaksa mencari inisiatif lain bagi membuka pintu tersebut dengan baik.

Setelah beberapa minit mesyuarat dijalankan, secara tiba-tiba pegawai HEP Perak bertindak dengan menghalau semua ahli mesyuarat daripada menggunakan surau tersebut. Dengan tindakan tersebut, dua orang pelajar yang juga merupakan AJKT KPIPM terus berjumpa dan cuba berbincang dengan memohon penjelasan daripada beliau di pejabatnya.

Setelah perbincangan dilakukan, Pegawai HEP tidak dapat memberikan alasan yang munasabah bagi menyokong tindakan yang beliau lakukan. Namun, perkara amat dikesali adalah apabila ketika perbincangan tersebut, beliau gagal menunjuk akhlak dan syakhsiah sebagai seorang pegawai yang professional.

Setelah itu, kedua-dua pelajar tersebut mengambil keputusan untuk beredar dari pejabat HEP tersebut. Dengan secara tiba-tiba beliau sekali lagi melakukan tindakan yang tidak sesuai sebagai seorang pegawai dengan keluar daripada pejabatnya dalam keadaan beremosi dan memarahi kedua-dua pelajar tersebut.

Dengan tidak semena-mena beliau menampar salah seorang daripada pelajar tersebut tanpa menyatakan sebarang sebab. Setelah itu, pelajar tersebut terus beredar daripada Wisma Darul Ridzuan B.

Rentetan daripada itu, saya selaku Yang Dipertua KPIPM mengambil tindakan dengan berjumpa sendiri pegawai HEP Perak bagi mendapatkan maklumat sebenar. Di dalam perjumpaan tersebut beliau sendiri menyatakan bahawa beliau memang memukul pelajar tersebut. Namun yang mendukacitakan adalah tiada sebarang permohonan maaf di atas kelakuan beliau.

Seluruh tindakan yang telah dilakukan oleh beliau itu, tidak sedikit pun menunjukkan beliau mempunyai kredibiliti serta moral sebagai seorang pegawai yang diamanahkan oleh pihak kerajaan. Ini juga tidak sehaluan dengan laungan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Laungan ini juga seperti dibakul sampahkan sekiranya laungan itu hanya retorik semata-mata.

Saya sebagai Yang Dipertua Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir melahir perasaan dukacita saya terhadap apa yang berlaku semalam. Kami sebagai mahasiswa di bumi Mesir ini ibarat dinafikan hak kami sebagai rakyat Malaysia apabila dilakukan sebegini rupa.

Harapan kami adalah, hak yang selama ini dicanang-canangkan kepada kami semasa menuntut ilmu di sini diberikan kepada kami. Mahasiswa berhak mendapat layanan yang baik dan tidak disekat sedemikian rupa.

Mari sama-sama kita teguhkan ukhuwah, satukan fikrah demi mencapai cita-cita dalam mendalami ilmu dan menjadi penyambung mata rantai perjuangan Rasulullah S.A.W.


BERILMU, BERAMAL, IKHLAS

MUHAMMAD HANIF BIN ABDULLAH
Yang Dipertua
Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2012/2013

Sumber: blog KPIPM

Wednesday, 3 August 2011

*gatalnye tangan balaci muhaimin!

Assalamualaikum buat teman-teman..diharapkan pembaca setia laman aku anak perak sentiase sihat dan ceria..^_^


Dihari baik bulan baik nie, same2 lah kite menginsafi diri dengn sentiase berbuat amal kebajikan, buat perkare makruf dan cegah perkare mungkar.moge kite sume beroleh pahala yg berlipat ganda sempena ramadan ini.


Sedikit luahan rase, moge Allah 'turunkan' bala tentera dari LANGIT bagi melawan segala kerja jahat Muhaimin.


Ade jugak dikalangan anak perak yang sanggup 'kotor'kan tangan sbb terlalu ikutkan kata muhaimin.dek kerana bencikan persatuan, IKLAN pun sanggup diconteng.


Budak2 kecik mungkin boleh dimaafkan kerana menconteng dinding.tapi kalau sampai menconteng IKLAN yang masih elok, itu adalah kerja 'budak bodoh'!


Kita akan terus berdoa mohon PERSATUAN anak perak terus terpelihara dari anasir2 busuk yang bencikan kesatuan anak perak. moga mereka insaf dan segera memohon maaf kpd pihak PERRSATUAN.


KITA AKAN TERUS BERDOA..!



Monday, 13 June 2011

*dunia baru muhaimin

Assalamualaikum buat teman-teman..diharapkan pembaca setia laman aku anak perak sentiase sihat dan ceria..^_^

Saje nak 'panaskan' mereka yang masih bujang..supaya segera menimang suami/isteri..^_^

Muhaimin kahwin bersame nur fatimah (anak allahyarham hj. Roslan shahrom, bekas ahli parlimen PAS bkt  gantang)..selesai akad nikah pd 2 jun 2011 yg lalu..(slmt pengantin baru..)



cincin, gelang dan rantai (habib jewels) hantaran buat si isteri tercinta..(banyaknyer duet muhaimin..ala, bukan org taw pown amik maner..^_^)




dunia huru hara sebentar dek kerana 'hijo' yang di pakai muhaimin..hijo beno tu yop..kek versi PAS tu..ate aboh kat sebelah tu, terang benderang birunyer..^_^



aksi sumbat menyumbat pulut kuning..buat membuang saka..adat melayu lama larh..walaupun belajar agama tinggi menggunung, ketuanan MELAYU jangan di abaikan yewr..^_^


putih...hijo..putih..hijo..putih...minat beno mike ngan warne hijo putih yak..!!!takder kaler lain kewr..??



pelamin pown tema pas jugak..^_^ huru hara lah jawabnye lepaih nih..jage 2ye puan timah..kalo si muhaimin buat huru hara, tuko kejap kaler tu..mike pown jgn la pekat beno hijonye..^_^

biler nak balik mesir..??anak2 peghok sini nak ghindu beno nak jmpe pegawai..^_^